Pages

Saturday 25 October 2014

SHAKLEE : Bagaimana saya bermula

Set Hamil Shaklee Trim 1


Assalamualaikum.

Saya dan shaklee. 
Semuanya bermula apabila saya disahkan mengandung anak ke 3 sekitar bulan may macam tu lah.
Sebaik disahkan mengandung, saya terus mencari supplement terbaik buat saya dan kandungan. Puas saya mencari di internet agent shaklee yang berdekatan dengan saya. Ada memang ada tapi apabila dihubungi, jawapan diterima agak mengecewakan. Takde stok lah, sibuk lah dan apabila di mesej di FB sebulan selepas itu baru di jawab. Too late dear. 
Saya mencari agent shaklee yang mudah utk saya dapatkan stok sbb saya begitu teruja ingin mencuba produk ini. Akhirnya saya di temukan dengan agent shaklee Ayu Yahya http://www.ayuyahya.com/ . Saya menghubungi beliau kerana beliau merupakan agent di kawasan kediaman ibu mertua saya di cheras KL. Dan temujanji di buat dan saya memilih utk mencuba set kehamilan shaklee Trim 1. kebetulan tempat tinggal dia mudah utk saya jejaki. Saya ke rumah beliau utk membuat belian dan stok sentiasa ada. kebetulan pula ketika itu beliau sedang berehat di rumah kerana patah kaki tak silap saya. hihihihih..

Jenis saya, sebelum saya mula menjual saya akan cuba dahulu sesuatu produk. Selama mengamalkan set kehamilan tersebut Alhamdulillah... saya ok saja. tetapi jenis saya , saya kalau pregnant akan mengalami alahan yang sangt teruk dan dalam tempoh yang agak lama. jadi saya tetap mengamalkan shaklee utk saya dan kandungan saya.

Dan sepanjang kehamilan saya bacaan HB saya tadak bermasalah dan tiada kencing manis dan semuanya ok saja. Alhamdulillah. Cuma alahan je la yang memang tak dapat dipisahkan dengan diri saya.

Ubat klinik memang jarang saya sentuh. kadang2 je.. tu pun sbb tak nak bohong dgn nurse.. dosa tau..

Dan tanggal 23 Jan 2014 saya selamat melahirkan baby ke 3 saya dgn berat 4.22kg secara pembedahan. Jangan kata plak sbb shaklee anak saya besar.. tak..sebab anak2 saya semua besar2 mungkin mewarisi gen kami. makin lama makin besar baby..hihih . 

Dan selepas bersalin saya juga mengamalkan shaklee utk kesihatan saya. Stop sini dulu yer , baby dah nangis nak menyusu

0 comments:

Post a Comment