Pages

Tuesday 7 October 2014

Kanzashi

Assalamualaikum.

Apa itu bunga kanzashi.
Kalau kita tengok drama-drama atau dokumnetari pasal negara Jepun mesti ada gadis2 Jepun yang pakai kimono dan rambut mereka disanggul cantik dan diselitkan dengan sepit rambut berhias samada berbunga atau lain-lain design yang berbunga cantik dan comel. Itulah bunga kanzashi.

Kanzashi ialah hiasan rambut yang digunakan dalam gaya hiasan rambut tradisional orang Jepun. Macam orang2 kita lah kat malaysia yang cucuk2 sanggul tu. Kebiasaannya kanzashi digayakan oleh maiko atau geisha. Maiko ni ialah perempuan yang berusia 15-20 tahun yang bekerja sebagai penari, penyanyi atau pemain alat muzik tradisional Jepun. Kalau nampak perempuan pakai kimono tepek bedak putih itulah diorang tu.

Kanzashi ni plak ada macam2 jenis rupanya. Ada jenis yang bersoloan, ada yang jenis segugus, ada yang berjuntai2, macam2 lagilah..tapi yang paling penting ianya sangat cantik.









Dan saya juga ada jual kanzashi. Handmade. Setakat ini saya ada jual kanzashi bentuk rama2 dan bunga untuk dibuat cekak. Bentuk rama2 pula untuk brooch.


Brooch tudung kanzashi bentuk rama2.

InsyaAllah akan dimasukkan ke kedai maya saya www.imannur.com.my   dan juga di FB saya iela zalila

REMINDER

Punca 60 belia muflis setiap hari ialah:
+ Membeli kereta tanpa deposit.
+ Pinjaman peribadi untuk majlis kahwin.
+ Kad kredit dengan bayaran minima.
+ Membeli rumah idaman dengan pinjaman maksima.

kredit to Hasbul 'Ariff

0 comments:

Post a Comment