Pages

Monday 27 October 2014

Gigi dan kalsium


Bermula hari isnin lepas, bangun dari tisur terasa gigi geraham belah kanan sakit teramat sangat. sebelum ni dah beberapa kali sakit. tapi selepas saya makan ostematrix shaklee terus baik. hihihi jgn salah faham yer.. ostematrix dan produk shaklee adalah supplement bukannya ubat. Tapi lepas beberapa kali peristiwa sakit gigi saya makan oste trs sembuh rasa macam rezeki kot.
Sakit gigi lebih2 lagi ibu mengandung dan ibu2 menyusu selalu terjadi kan.

Kalsium ni penting utk ibu2 menyusu dan mengandung kerana kalsium turut di salurkan kepada baby kita melalui susu ibu.  Penyumbang terbesar sakit gigi saya ialah kekurangan kalsium sebab saya sekarang sedang breastfeed baby saya yang berumur 9 bulan. sbb2 lain ialah tak jaga kebersihan gigi ler teww...hihihihihi.. biasala kadang2 lupa nak berus gigi..lps makan buat kerja lain..kdg2 baby nangis nyusukan baby trs terlelap.. gembira bakteria2 dalam mulut kan.

Jadi utk ibu2 yang menyusu anak silalah makan kalsium utk kesihatan kita bukan saja utk gigi malah utk anggota lain juga.Sumber kalsium yang berkesan yang boleh disyorkan adalah dari Ostematrix Shaklee 



nampak idung dgn mulut je..yang penting ostematrix

Ekoran dari kes sakit gigi saya itu, selepas 5 hari menderita saya ke klinik gigi walaupun saya sangat fobia dgn doktor gigi. tapi sebab dah tak tahan menanggung derita maka saya relakan jiwa menyerah gigi saya utk di cek. jumpa doktor gigi, selepas di cek hmm serius kata doktor .. memang tak boleh diselamatkan lagi..huwaaa!!!!!!!

Esoknya saya dtg lagi utk dicabut gigi kerana hari sebelumnya saya tak bersedia dari segi mental dan fizikal sbb saya bawak baby saya sekali.pada perkiraan saya cabut gigi ni ambil masa yg lama. so esoknya husband saya minta cuti utk jaga baby. 

Situasi dalam bilik rawatan, saya diminta baring di atas kerusi yang disediakan dan mulalah sesi cek mengecek semula sbb semalamnya doktor lain. Dan selepas itu saya dibius. byk kali gak ar kawasan gigi geraham tu dibius.. perasaanyer ? nikmatnyaa!!!! huwaa!!!! doktor dan nurse memberi kata semangat katanya mcm gigit semut jek.. so masa doktor bius so saya bayangkan la macam kena gigit semut..hahahhaa... then selepas 6 minit baru sesi yang mengerikan bermula... memula doktor sentuh beberapa bahagian gigi samada rasa atau tidak utk memastikan ubat bius betul2 berkesan. bila dah yakin ubat bius berkesan baru lah di kerjakannya gigi ku. yang buat spoil apabila saya ternampak tool yang digunakan.. adooiiii apsal blh ternampak plak ni.. then tak samapi 2 minit dia goyang2 kan gigi saya lepas tu trs dah selamat di cabut.. fuhhh alhamdulillah ... senang sajer...

dan balik dibekal kan ubat tahan sakit dan kapas. selepas ubat bius hilang maka bermulalah episod kesakita n melanda. dan selepas beberapa hari masih terasa lagi tapi tak seazab yang dulu.. hihihi

Dan sekarang saya makin rajin makan ostematrik dari shaklee sebanyak 4 biji sehari..takut sakit gigi lagi beb.. tak nak jumpa doktor gigi lagik.. hahhaha

saya kongsikan sikit khasiat ostematrix ni yer.



Manfaat Utama Ostematrix


☁ Menguatkan Tulang ☁            
Kalsium menghalang osteoporosis, menguatkan kuku, kerangka gigi, sistem saraf. Ia juga merawat tulang retak, osteomalacia (rickets dewasa), kuku rapuh, eczema, konvulsi/kekejangan, gusi berdarah dan merangsang darah untuk memekat.

☁ Memperbaiki Kekejangan dan Kebas-kebas ☁
Pengambilan 600mg kalsium sebelum tidur  akan memperbaiki kebas-kebas, kekejangan, sakit sendi dan arthritis.

☁ Meringankan Stress ☁
Ianya mengimbang tekanan darah, memeliharan denyutan jantung, impuls saraf, penenang saraf, menggalakkan tidur selesa, memperbaiki jantung berdebar, gementar, mimpi buruk dan stress. Ia juga memperbaiki depresi, mood swing, sakit kepala dan pitam.

☁ Memperbaiki Masalah Haid ☁
Kajian menunjukkan dengan pengambilan 1000mg kalsium dan magnesium meringankan sakit semasa haid dan membantu membuang air kecil.

☁ Pengalkalian Tubuh ☁
Kalsium adalah mineral alkalin, dan ianya berkesan memastikan imbangan pH tubuh. Ianya juga menghalang obesity di waktu umur tua. Tambahan pula kalsium membantu sel menyerap nutrient dan merangsang detoksifikasi. 

☁ Vitamin D ☁
Dinamakan Vitamin D pada 1916 bila didapati ia mampu merawat penyakit rickets. Ia meningkatkan penyerapan kalsium dan fosforus untuk meninggikan ketumpatan tulang, menguatkan kerangka, memperbaiki penyakit periodontal. Juga bagus untuk mereka yang  vegetarian, yang kurang terdedah kepada matahari, individu melebihi 55 tahun, wanita hamil dan kanak-kanak perlu mengambil suplemen Vitamin D.

☁ Magnesium ☁
 Magnesium merupakan antara ion positif yang penting  didalam tubuh kita. Ianya menggalakkan  komposisi tulang dan rawan. Membantu sistem saraf,  mengaktifkan enzim tubuh untuk menghasilkan tenaga, pengecutan saraf dan otot, menstabilkan denyutan tidak sekata pesakit jantung, memudahkan rembesan keluar sisa dari perut dan usus, menghalang endapan kalsium, melarut dan mengurangkan formasi batu karang atau batu hempedu. Ianya juga penting untuk mereka yang mempunyai masalah fluktuasi glukos.

☁ Zinc, Boron, Manganes dan Kuprum ☁
Memelihara metabolism kerangka dan pertumbuhan otot, menyusun enzim yang diperlukan un tuk membaiki tulang rawan dan menghalang arthritis.


kalsium shaklee

Bagaimana Memilih Kalsium Yang Bagus?

✔ Pilih kalsium yang turut mengandungi Vitamin D dan Magnesium
✔ Elakkan produk yang diperbuat dari tulang dan dolomite untuk mengelak keracunan plumbum
✔ Elakkan mineral chelated kerana proses tersebut boleh menyebabkan tubuh menyerap logam berat tercemar dan toksin dalam proses menyerap  mineral.  
                           

 Perbezaan Ostematrix Shaklee


 Kalsium yang paling seimbang memastikan kadar penyerapannya adalah 99%. Formulanya unik, dibuat dari mineral semulajadi dan garam mineral dari Laut Mati, mengandungi kalsium, magnesium, fosforus dan vitamin D, zinc, kuprum, manganes dan boron. Nutrien-nutrien ini perlu diambil bersama-sama untuk penyerapan oleh tubuh dan menghalang endapan sesetengah mineral. Kajian telah membuktikan suplemen kalsium akan meningkatkan ketumpatan tulang wanita yang telah berumur secara berkesan.

kalsium shaklee


Sesiapa yang tak nak sakit gigi boleh hubungi saya utk beli ostematrix ni yer. email ielazalila80@yahoo.com atau ke FB saya yang ada dalam blog ni..kat tepi tu jek... 


0 comments:

Post a Comment