Pages

Friday 3 October 2014

Playdoh DIY

Assalamualaikum

Jumaat yang tenang. Alhamdulillah, sebagai surirumah sepenuh masa, masa banyak dihabiskan di rumah melayan anak-anak yang sedang membesar. Mengemas rumah kemudian disepahkan lagi itu perkara biasa.

Pagi tadi saya buatkan playdoh untuk anak2 saya. 3 hari lepas saya ada buatkan mereka, 3 warna..tapi apabila sel-sel otak berhubung maka semua warna itu dicampurkan..adehhh...

Jadi pagi ini saya buatkan mereka semula dan dah main tu simpan dalam bekas tertutup seperti dalam gambar.


Resepi Playdoh buatan Ummi

3 cawan tepung gandum
3 sudu minyak masak
1 1/2 cawan garam
2 cawan air panas
3 pewarna makanan

Cara
Campurkan kesemuanya. Masukkan air panas sikit-sikit sbb takut lembik sangat.
Bahagikan 3 bahagian ikut warna yang ada dan campurkan warna ke dalam adunan. uli sehingga warna sebati. Siap.


Senang je kan. Semua dah tersedia di dapur dan selamat.  kebetulan anak nombor 2 dicutikan dari taska sebab lidah terkena ulser, jadi sekurang-kurangnya ada aktiviti yang boleh dibuatnya



0 comments:

Post a Comment