Pages

Wednesday, 8 October 2014

Kanzashi Brooch and Headband

Assalamualaikum







Inilah antara kanzashi yang saya jual. Harga berpatutan dan mampu milik. Sesuai digayakan oleh kanak2. Memang cantik dan comel.
Untuk Brooch Kanzashi ianya memang cantik, menambah seri si pemakai tudung.
Jika Berminat boleh ke FB saya iela zalila atau email saya ielazalila80@yahoo.com

Tuesday, 7 October 2014

Kanzashi

Assalamualaikum.

Apa itu bunga kanzashi.
Kalau kita tengok drama-drama atau dokumnetari pasal negara Jepun mesti ada gadis2 Jepun yang pakai kimono dan rambut mereka disanggul cantik dan diselitkan dengan sepit rambut berhias samada berbunga atau lain-lain design yang berbunga cantik dan comel. Itulah bunga kanzashi.

Kanzashi ialah hiasan rambut yang digunakan dalam gaya hiasan rambut tradisional orang Jepun. Macam orang2 kita lah kat malaysia yang cucuk2 sanggul tu. Kebiasaannya kanzashi digayakan oleh maiko atau geisha. Maiko ni ialah perempuan yang berusia 15-20 tahun yang bekerja sebagai penari, penyanyi atau pemain alat muzik tradisional Jepun. Kalau nampak perempuan pakai kimono tepek bedak putih itulah diorang tu.

Kanzashi ni plak ada macam2 jenis rupanya. Ada jenis yang bersoloan, ada yang jenis segugus, ada yang berjuntai2, macam2 lagilah..tapi yang paling penting ianya sangat cantik.









Dan saya juga ada jual kanzashi. Handmade. Setakat ini saya ada jual kanzashi bentuk rama2 dan bunga untuk dibuat cekak. Bentuk rama2 pula untuk brooch.


Brooch tudung kanzashi bentuk rama2.

InsyaAllah akan dimasukkan ke kedai maya saya www.imannur.com.my   dan juga di FB saya iela zalila

REMINDER

Punca 60 belia muflis setiap hari ialah:
+ Membeli kereta tanpa deposit.
+ Pinjaman peribadi untuk majlis kahwin.
+ Kad kredit dengan bayaran minima.
+ Membeli rumah idaman dengan pinjaman maksima.

kredit to Hasbul 'Ariff

Monday, 6 October 2014

SALAM AIDIL ADHA 2014


Assalamualaikum

Selamat Hari Raya Aidil Adha. Tahun ni giliran kami menyambut aidil adha di KL iaitu keluarga sebelah suami. Kali ni tiada hidangan burasak kegemaranku, hanya ada nasi impit, kuah lodeh,kuah kacang , rendang ayam. Sempat la masak rendang ayam. Kalau kat kampung sambutannya boleh tahan meriah, sama macam aidil fitri..selepas solat sunat org kampung akan marhaban dari rumah ke rumah. Sebab tu bila sampai rumah mak, perut orang-orang marhaban ni dah penuh. kecuali lah ada makanan yang lain dari yang lain, memang dioarang akan jamah gak lah. hihihihi. Selalunya kalau raya haji ni kami kat kampung takde tetamu. tapi kalau ada nak datang tu memang dipersilakan, sbb kuih muih pun ada gak, macam raya puasa cuma kuantiti yang sikit la. itu pun sendrik makan juga. RAya haji ni dapat cuti pun sehari je la, esoknya dh kene kerja semula, tu yang ramai yang malas berjalan. Kalau ada pun sibuk motong daging korban.
Tengok gambar kat atas tu, cantikkan. Semoga ada lagi rezeki kami sekeluarga untuk ke sana. Amiin.  Hanya Allah tahu betapa rindunya dengan tempat suci itu

Friday, 3 October 2014

Playdoh DIY

Assalamualaikum

Jumaat yang tenang. Alhamdulillah, sebagai surirumah sepenuh masa, masa banyak dihabiskan di rumah melayan anak-anak yang sedang membesar. Mengemas rumah kemudian disepahkan lagi itu perkara biasa.

Pagi tadi saya buatkan playdoh untuk anak2 saya. 3 hari lepas saya ada buatkan mereka, 3 warna..tapi apabila sel-sel otak berhubung maka semua warna itu dicampurkan..adehhh...

Jadi pagi ini saya buatkan mereka semula dan dah main tu simpan dalam bekas tertutup seperti dalam gambar.


Resepi Playdoh buatan Ummi

3 cawan tepung gandum
3 sudu minyak masak
1 1/2 cawan garam
2 cawan air panas
3 pewarna makanan

Cara
Campurkan kesemuanya. Masukkan air panas sikit-sikit sbb takut lembik sangat.
Bahagikan 3 bahagian ikut warna yang ada dan campurkan warna ke dalam adunan. uli sehingga warna sebati. Siap.


Senang je kan. Semua dah tersedia di dapur dan selamat.  kebetulan anak nombor 2 dicutikan dari taska sebab lidah terkena ulser, jadi sekurang-kurangnya ada aktiviti yang boleh dibuatnya



Thursday, 2 October 2014

Hajimete

Assalamualaikum

Kembali semula ke dunia blogger setelah hampir 5 tahun menyepi diri. Buat blog baru ah. hehehehe
LAst saya menulis ketika saya masih berada di Sapporo, Jepun dalam tahun 2009 kot. Lama kan.. so saya insyaAllah akan kembali memeriahkan duni blog dengan cerita ceriti yang macam2 warna. InsyaAllah dan semoga saya istiqamah dalam mengupdate blog ni.

Kenapa buat blog baru?

hehehee... nak mulakan dgn semangat baru.. blog lama tu saya dah tulis dari saya bujang single sampai lah dapat anak sulung di Jepun. lama tu..so malas lah nnt ada yang korek2 tulisan lama.. ala, blog lama tu bukan criter pasal apa pun, cuma perjalanan hidup saya yang penuh suka duka. biarlah blog tu hanya org2 yang tahu je lah yang tahu yer.

Lama gak saya dah berblog.. dari zaman blogger yang famous dulu.. Ludinata.. blogger yg dh lama berkecimpung tu kenal la..dari zaman takde template comel2 sampai la dh ada ni ... sonang yoo klik jaa.. dolu2 saya siap buat coding sendrik utk interface blog ni..hahaha.. berpinar mata.. maklum ler student IT.. tapi semua tu dah lupa..sbb kikikiki..saya tak minat pun bidang IT ni, tgk2 dapat course tu plak..perghh tercabo makcik... tapi akhirnya Alhamdulillah berjaya juga graduate dgn jayanya..dan sempat bekerja dalam bidang IT yang penuh cabaran sebelum berhenti secara sukarela dan menjadi surirumah sepenuh masa.

Jadi , blog saya ini akan hanya ada cerita pasal masak2, jahit2, anak2, supplement2, busines2 .. hehehehe waaa banyaknyer..hihihihih

ok la stop sini dulu, nanti saya bebel lagi